Projek wakaf perkuburan Islam Paya Bunga:
Tapak projek ini terletak di tengah - tengah pusat bandaraya Kuala Terengganu. Tanah ini berketerangan Lot PT 4431 dengan keluasan sebanyak 5.18 hektar. Oleh kerana tanah ini tidak digunakan berdekad lamanya, pihak MAIDAM mencadangkan supaya tapak perkuburan ini dibangunkan semula secara moden dengan mempunyai beberapa elemen seperti badan pengurusan, susun atur tapak dan sebagainya. Projek ini telah mendapat kelulusan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali ke-6 Bertarikh 13 Disember 2017.
Maklumat terperinci sila layari web site http://wakafpayabunga.maidam.gov.my/