09 Jun 2022 | Wakaf Kubur, Sektor Keagamaan | 619 | |
LATAR BELAKANG
Tanah perkuburan Islam Paya Bunga terletak di Lot PT 4431 dengan keluasan sebanyak 5.18 HA. Perkuburan ini terletak di tengah - tengah pusat bandaraya Kuala Terengganu. Tanah ini tidak digunakan berdekad lamanya dan telah mendapat kelulusan Fatwa bagi pembangunan semula supaya dapat digunakan kembali.
CADANGAN PROJEK
Kawasan perkuburan ini akan ditambak tanah sehingga paras ketinggian 3 kaki sebagai kawasan perkuburan baru. Selepas itu, peraturan kepungan kuburan yang seragam akan dilaksanakan bagi kawal selia susun atur pengkebumian jenazah. Tapak perkuburan ini juga akan dilengkapi dengan sitem E-Pusara yang mengandungi maklumat terperinci termasuk kedudukan lot pusara. Sebanyak 16,000 lot lebih akan tersedia apabila projek ini berjaya disiapkan dan akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain.
KERJA SEMASA
Pada 26 Februari 2020, MAIDAM telah mengadakan Majlis Pelancaran Wakaf Perkuburan Islam Paya Bunga yang bertempat di Primula Beach Hotel. Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu dan disaksikan oleh YBhg. Dato' Haji Osman bin Muda, YDP MAIDAM. Sehingga kini, dana terkumpul hampir RM600,000 dan memerlukan RM3.3 juta bagi projek tersebut. Kerja-kerja tambah tanah sedang berjalan dan lot perkuburan fasa satu hampir siap.
KONSEP TANAH PERKUBURAN
CARA BERWAKAF
- Hadir ke Kaunter MAIDAM di Ibupejabat serta MAIDAM Daerah
- Hadir ke mana-mana Cawangan BANK MUAMALAT
- Saluran JomPAY Sila Klik
- Sila isi no kad pengenalan, nama, nombor telefon dan alamat.
- Pilih jenis wakaf WAKAF KUBUR PAYA BUNGA.
- Masukkan jumlah sumbangan dan ikuti arahan seterusnya.