21 Nov 2024 | 19 Jamadil Awal 1446

Soalan Lazim

Bahasa:
Berhenti, Menahan, Menghalang

Istilah / Syara':
Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya untuk kebajikan dengan niat mendekatkan diri pewakaf kepada Allah SWT.

Orang-orang yang memenuhi kretiria berikut:

  • Baligh
  • Berakal (sempurna akal fikiran) dan waras pemikirannya
  • Harta yang hendak diwakafkan hendaklah dimiliki penuh oleh Pewakaf
  • Berwakaf atas kerelaan sendiri tanpa ada paksaan dari sesiapa

Hukum Wakaf Tunai adalah DIBOLEHKAN (harus). (Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali Ke-77 yang bersidang pada 10-12 April 2007 di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu - Berwakaf dalam bentuk wang tunai adalah dibolehkan di dalam Islam).

Konsep Skim Wakaf Tunai Terengganu (WTT) ialah, dana wakaf yang terkumpul akan ditukar kepada harta / aset kekal samada melalui pembangunan tanah wakaf sedia ada, pembelian / pembangunan aset yang stratigik dan bernilai komersial, pembinaan bangunan seperti sekolah, kedai, pejabat dan lain-lain.

Untuk membiayai sebahagian pembinaan dan peyelenggaraan institusi agama islam, menbiayaai program-program keagamaan dan pengajian serta membiayai apa-apa bantuan yang bersesuaian.

Tidak. Pewakaf boleh memilih mana-mana projek yang ingin dibangunkan oleh MAIDAM

Boleh berwakaf untuk sesiapa sahaja yang anda kehendaki samada untuk yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Maksud sedekah Jariah - dari segi makna ulama mengatakan “sedekah yang pahalanya berterusan selepas mati”. Ini bersumberkan daripada sebuah hadis Nabi SAW iaitu;

إذا مات الإنسانُ انقطع عملُه إلا من ثلاثٍ ؛ صدقةٍ جاريةٍ ، أو علمٍ يُنتَفَعُ به ، أو ولدٍ صالحٍ يدْعو له

“Apabila seseorang manusia mati segala amalannya akan terputus kecuali daripada tiga sumber: sedekah jariah atau ilmu pengetahuan yang boleh dimanfaatkan atau anak soleh yang sering mendoakannya” (Riwayat Muslim)

Sedekah jariah di sini menurut ulama’ ditakrifkan sebagai wakaf. Manakala wakaf diertikan sebagai satu amalan menyerahkan harta yang dimiliki untuk kegunaan dan manfaat pihak lain demi mendekatkan diri kepada Allah SWT. Seperti mewakafkan tanah untuk pembinaan masjid, surau, sekolah dan sebagainya.

InsyaAllah sampai pahalanya dan diterima oleh Allah SWT. Ini kerana, amal soleh atau wakaf yang dilakukan oleh orang yang masih hidup boleh dihadiahkan pahalanya kepada orang yang sudah meninggal dunia. Terdapat beberapa hadis yang meriwayatkan hal tersebut, diantaranya adalah hadis di bawah ini:

أَنَّ رجلًا قال للنبيِّ صلى الله عليه وسلم : إِنَّ أمِّي افْتُلِتَتْ نفسُها ، وأظنُّها لو تكلمَتْ تَصدَّقَتْ ، فهل لها أجرٌ إِنْ تَصدَّقَتْ عنها ؟ قال : نعم .

Diriwayatkan dari Saidatina Aishah r.a. menceritakan: “Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.; ‘Sesungguhnya ibuku telah mati. Aku mendapatinya jika sekiranya ia berpeluang bercakap (ketika hamper matinya) nescaya ia akan bersedekah (yakni menyuruh agar dikeluarkan sedekah dari hartanya). Maka apakah baginya pahala jika aku bersedekah bagi pihaknya?’ Jawab baginda SAW: Ya” (Riwayat Bukhari)

Maka, hadis di atas menjadi dalil bahawa sedekah orang hidup memberi manfaat untuk orang yang telah meninggal dunia.

  • Wakaf merupakan satu ibadah dalam bentuk transaksi harta yang sangat dituntut oleh Islam kerana ia merupakan sedekah yang bersifat jariah (berpanjangan dan berkekalan) yang dilakukan semasa hidup. Manakala manfaat dan pahala akan berpanjangan mengalir ke dalam tabungan amal kebaikan kita walaupun pewakaf telah meninggal dunia.
  • Wakaf juga merupakan satu instrument yang dapat membantu ekonomi dan social umat Islam seperti kewujudan sekolah, klinik, hospital dan university wakaf. Bahkan lebih meluas seperti kompleks perniagaan, penternakan dan ladang pertanian dapat membantu ekonomi dan masyarakat Islam.
  • Wakaf untuk tujuan maksiat
  • Wakaf untuk manfaat diri sendiri
  • Wakaf itu tidak selaras dengan hukum syarak.

Waris-waris boleh berpakat dari bahagian masing-masing untuk sebahagiannya diwakafkan bagi tujuan jariah si arwah. InsyaAllah pahala akan sampai kepadanya.

Tidak boleh seseorang penghutang mahu meyelesaikan kewajipan membayar hutang dengan cara mewakafkan harta orang lain, sebaliknya perlu menyerahkan kepada tuan harta atau ahli warisnya jika ia telah meninggal dunia.