Takrif Wakaf Tunai
Wakaf Tunai bermaksud mewakafkan wang tunai kepada mana-mana pemegang amanah wakaf, di mana wang modalnya dikekalkan dalam bentuk aset yang kekal kemudian manfaatnya disalurkan kepada penerima wakaf (mawquf alaih).
Para fuqaha salaf menggunakan istilah wakaf wang dirham dan wang dinar (waqf al-darahim waqf al-dananir). Wang-wang tersebut akan dikumpulkan dan kemudiannya ditukarkan kepada harta kekal yang dinamakan badal. Manfaat hasil wakaf tunai tersebut akan digunakan untuk kebajikan dan pembangunan ummah.
Objektif Wakaf Tunai
- Menyuburkan dan membudayakan semula amalan berwakaf yang merupakan sedekah jariah yang sangat dituntut dalam Islam.
- Menyediakan kemudahan alternatif kepada umat Islam untuk menyertai ibadat maliah seperti wakaf mengikut kemampuan masing-masing tanpa melibatkan harta/aset kekal.
- Menggalakkan umat Islam mengiktiraf wakaf sebagai sistem yang diyakini berpotesi untuk menggerakkan pembangunan sosio-ekonomi ummah.
- Menanam dan mendidik sikap, semangat dan kerjasama yang erat sesama umat Islam berkonsepkan ukhuwah Islamiah dan semangat taawun dalam Islam.
- Memperbanyakkan lagi pegangan aset umat Islam hasil daripada pengumpulan wang tunai dan disalurkan untuk kepentingan agama dan pembangunan sosio-ekonomi ummah.
- Dapat melaksanakan pembangunan harta-harta wakaf dan sosio-ekonomi ummah dengan skop yang lebih luas, dinamik dan bersepadu.
- Meluaskan saluran kebajikan dengan lebih holistik,sistematik dan berkesan.
- Melahir dan menzahirkan pembangunan institusi wakaf yang lebih produktif dan berwibawa.
Konsep Wakaf Tunai
- Dana wakaf yang terkumpul akan diistibdalkan (ditukar) kepada aset kekal yang mendatangkan hasil atau manfaat.
- Aset kekal tersebut boleh jadi dalam bentuk pembangunan masjid, surau, premis perniagaan, perindustrian dan lain-lain.
- Hasil yang diperolehi akan diagihkan kepada penerima yang berhak sama ada dalam sektor kesihatan, pendidikan, agama mahupun sosial.
- Istibdal (pertukaran aset) yang telah berjaya dilaksanakan:
- Membina surau Darul Akhyar di Asrama Anak Yatim Darul Akhyar, Batu Rakit
- Membeli 4 lot kedai 3 tingkat di Batu Enam
CARA BERWAKAF
- Hadir ke Kaunter MAIDAM di Ibupejabat serta MAIDAM Daerah
- Bayaran secara dalam talian (FPX) di Jom Wakaf | eWakaf MAIDAM
- Saluran JomPAY Sila Klik
- Sila isi no kad pengenalan, nama, nombor telefon dan alamat.
- Pilih jenis wakaf WAKAF TUNAI TERENGGANU.
- Masukkan jumlah sumbangan dan ikuti arahan seterusnya.