20 April 2025 | 21 Syawal 1446

Kejayaan Petani Usaha Tanaman Kontan di Tanah Wakaf MAIDAM, Raih Pendapatan RM5,000 Sebulan

15 Apr 2025 | Umum | 3 | |

img

KUALA TERENGGANU – Dhalim Ismail, seorang petani berusia 51 tahun, berjaya meraih pendapatan kasar sekitar RM5,000 sebulan dengan mengusahakan tanaman bendi dan terung di atas tanah wakaf Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) seluas 0.4 hektar di Kampung Gelugur Kayu Tinggi. Tanah tersebut disewa dengan bayaran RM400 setahun. Inisiatif ini membuktikan potensi wakaf dalam memperkasa ekonomi ummah melalui pertanian kontan.

Dhalim, yang juga seorang bapa kepada tujuh anak, menanam bendi dan terung tanpa bantuan luar. Hasilnya, beliau mampu mengutip kira-kira 150 kilogram terung dan 22 kilogram bendi setiap hari. Tanaman tersebut dijual terus kepada pemborong.