10 Apr 2025 | Umum | 5 | |

Pada 23 Mac 2025, Majlis Perasmian Gelanggang ‘Street Soccer’ di kompleks Pertubuhan Darul Akhyar MAIDAM Kuala Nerus telah disempurnakan oleh Dato’ Haji Shaikh Harun Bin Shaikh Ismail (Yang Dipertua MAIDAM) turut disaksikan Prof Madya Dr Ahmad Azrin Bin Adnan (Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM merangkap Pengerusi Pertubuhan Darul Akhyar) dan Ahmad Shafandi Bin Mohd Yusoff (Pengurus Cawangan ASNB, Kuala Terengganu). Gelanggang ‘street soccer’ berkeluasan 162 Meter persegi dibiayai sepenuhnya oleh ASNB Wakalah Sdn Bhd sebanyak RM 85,000.00. Gelanggang ini dibina di atas tanah wakaf Lot 3387 GM 10277 Mukim Batu Rakit di mana tanah tersebut telah diwakafkan oleh Hamidah Binti Abu Bakar pada 13 April 2008. Projek ini akan dimanfaatkan kepada para pelajar atau penghuni Darul Akhar MAIDAM untuk mereka beriadhah pada waktu yang sesuai ditetapkan. Pihak MAIDAM juga merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak ASNB Wakalah Sdn Bhd di atas sumbangan yang telah diberikan ini.