Majlis Pelancaran Wakaf Perkuburan Islam Paya Bunga, Kuala Terengganu

26 Februari 2020 Rabu, MAIDAM telah mengadakan satu Majlis Pelancaran Wakaf Perkuburan Islam Paya Bunga, Kuala Terengganu di Primula Beach Hotel. .

LATAR BELAKANG

Tanah perkuburan Islam Paya Bunga terletak di Lot PT 4431 dengan keluasan sebanyak 5.18 HA. Perkuburan ini terletak di tengah - tengah pusat bandaraya Kuala Terengganu. Tanah ini tidak digunakan berdekad lamanya dan telah mendapat kelulusan Fatwa bagi pembangunan semula supaya dapat digunakan kembali.

CADANGAN PROJEK

• Kawasan perkuburan ini akan ditambak tanah sehingga paras ketinggian 3 kaki sebagai kawasan perkuburan baru. Selepas itu, peraturan kepungan kuburan yang seragam akan dilaksanakan bagi kawal selia susun atur pengkebumian jenazah. Tapak perkuburan ini juga akan dilengkapi dengan sitem E-Pusara yang mengandungi maklumat terperinci termasuk kedudukan lot pusara. Sebanyak 16,000 lot lebih akan tersedia apabila projek ini berjaya disiapkan dan akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain.

KERJA SEMASA

Pada 26 Februari 2020, MAIDAM telah mengadakan Majlis Pelancaran Wakaf Perkuburan Islam Paya Bunga yang bertempat di Primula Beach Hotel. Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu dan disaksikan oleh YBhg. Dato' Haji Osman bin Muda, YDP MAIDAM. Sehingga kini, dana terkumpul hampir RM600,000 dan memerlukan RM3.3 juta bagi projek tersebut. Kerja-kerja tambah tanah sedang berjalan dan lot perkuburan fasa satu hampir siap.